Thursday, January 13, 2011

LUBUK MANDI 1988

Sejarah Penemuan Emas di Lubuk Mandi 1988

ARUS sungai yang mengalir pekat di situ benar-benar terasa sudah berpindah ke dalam degup jantung setiap penghuninya. la mengikis, menghakis dan meroboh tebing sedikit demi sedikit.
Pokok getah yang berderetan di sekitar Lubuk Mandi itulah menjadi punca rezeki kepada penghuni di perkampungan sekitarnya. Takdir telah mencipta dan membentuk kehidupan mereka dan takdir juga telah menukar segala-galanya, daripada kebun getah yang lembap dan ditutupi belukar tiba-tiba berubah men­jadi bumi bertuah dengan memuntahkan rezeki yang melimpah.
Berdasarkan sejarah, pada tahun 1365, daerah Marang yang meliputi Sungai Kerak dan Mukim Rusila yang melibatkan kawasan Lubuk Mandi ini ditakluki oleh Majapahit. Mengikut cerita mulut daripada orang tua-tua, sebelum da­erah ini diterokai, hutan belukarnya hanya didiami oleh kaum-kaum asli, Pangan atau Semang.
Mereka kemudian pindah ke gunung dan ke hulu-hulu su­ngai apabila orang-orang Melayu berasal dari negeri Kemboja, Champa (Indo-China) dan Yala, Patani (Selatan Thai) mula bertapak di beberapa kawasan sekitarnya. Terengganu sememangnya mempunyai hubungan dengankerajaan Jambi, Sumatera dan Thai pada kurun kedua belas.
Kajian juga membuktikan bahawa kerajaan Melayu Terengganu mungkin beragama Buddha) telah lahir sebelum kerajaan Sri-wijaya yang memindahkan ibu kotanya ke Sumatera pada kurun yang kedelapan Masihi.
Ketika itu Hulu Terengganu ialah ibu kota kepada' negeri Terengganu sebelum Kuala Terengganu, manakala Marang menjadi pintu masuknya. Kemungkinan di sinilah bermulanya Islam, kemudian barulah merebak ke Melaka.Oleh sebab, Marang, khususnya Rusila-Lubuk Mandi men­jadi kawasan laluan ahli-ahli perniagaan, kemungkinan pedagang Arab yang mengembangkan agama Islam di negeri China pada kurun ketujuh Masihi bertanggungjawab dalam mengembangkan Islam di Terengganu.
Sesungguhnya, tidak banyak yang dapat dibongkar mengenai orang yang mula-mula memerintah daerah Marang berbanding dengan daerah Hulu Terengganu atau Kuala Terengganu sendiri.
Walau bagaimanapun, dipercayai sejak zaman purba atau zaman batu sudah ada tempat-tempat kediaman di sekitar pantainya dan tidak di kawasan hutan seperti di Lubuk Mandi.
Daripada apa yang dapat dikesan, terdapat seorang raja yang dikenali dengan panggilan Tok Raja yang berasal dari Patani pulang ke Terengganu selepas menimba ilmu agama dan kemudiannya memperisteri Wan Mas (khabarnya cucu kepada Tok Raja Patani).
Bagaimanapun, disebabkan perselisihan faham, anak raja itu melarikan diri, terus mengembara dari setempat ke setempat. Menyeberang sungai dan alur, naik bukit, turun bukit, akhirnya sampailah di suatu kawasan yang difikirkan sesuai untuk dijadikan tempat tinggal dan bercucuk tanam.
Inilah Lubuk Mandi yang berdekatan dengan Bukit Anak Reng dan Bukit Cerong Pinang, yang berasap apabila diteng-gelami banjir. Walaupun tidak ada gunung berapi di kawasan itu, asap yang keluar daripada kedua-dua buah bukit itu mem-buatkan tanah kawasan itu menjadi panas, ini merisaukan Tok Raja lalu meninggalkan kawasan itu.
Dalam tahun sembilan puluhan, seorang lagi anak raja dari Patani, yang dihalau dari istana, menjadikan kawasan Lubuk Mandi yang dingin dan berdekatan dengan gua itu tempat pertapaannya.Di gua itulah dijadikan tempat pertapaannya sehinggalah cukup ilmu di dada, lalu mengembara mencari sahabat-handai untuk penerokaan sebuah perkampungan.
Secara kebetulan dalam pengembaraannya itu, dia telah bertemu dengan sahabat lamanya, seorang anak raja Patani yang melarikan diri dari istana, di bawah teduhan sebatang pohon ru di tepi pantai.
Sempena pokok ru, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Lubuk Mandi, yang menyerupai seorang lebai yang duduk bersila, lalu mereka namakan tempat itu Kampung Rusila, iaitu gabungan daripada pohon ru dan bersila. Nama itu kekal hingga sekarang.
Kedua-dua anak raja itu telah mengerahkan penduduk sekitarnya membuka kawasan perkampungan sambil mengerjakan tanah untuk bercucuk tanam. Di samping itu, agama Islamdikembang kepada orang ramai. Ramailah penduduk di sekitar datang berguru sehingga tersebar ke seluruh negeri.

Beberapa buah kampung di sepanjang pantai itu juga di-namakan sempena pokok ru, iaitu Rurenggeh (pokok ru tidak ada daun), Rudua (pokok ru bercabang dua), Rurendang (po­kok ru banyak daun) dan Rumuda (pokok ru terlalu muda)sehingga ke hari ini.
Kawasan hutan di situ kemudiannya diterokai oleh pen­duduk kampung sekitarnya pada awal tahun seribu sembilan ratus sebelum tanah getah itu diberi milik menjelang tahun empat puluhan, sesudah Jepun menyerah kalah kepada British.
Dahulunya sungai Lubuk Mandi banyak lubuk dan dalam airnya. Selain tempat mandi-manda selepas menoreh getah, mereka juga menjadikan sungai ini tempat mencari lauk-pauk. Ada ikan kelah, tumang, lampam, limbat, keli, baung dan se-bagainya. Selain bergantung hidup kepada menoreh getah, ke-banyakannya menjadi nelayan, bersawah padi dan berkebun kelapa, manakala perempuan pula menganyam tikar dan bertenun kain.
Pokok getah semuanya sudah tua, susu pun kurang. Batangnya sudah berkematu, ternyata rezeki daripada batang-batang getah ini sudah kian malap.Ketika berjalan sambil berfikir itu, tiba-tiba tersilau beberapa buah lubang yang agak luas. Aku terus menyusul secara diam-diam. Barulah terdengar suara manusia. Apabila menghampiri mereka, kesemuanya terdiam. Terkunci mulut, seolah-olah terperanjat. Cangkul dan kuali di tangan tiba-tiba terlepas dan jatuh ke tanah.
Misteri sudah terbongkar rupa-rupanya Lu­buk Mandi tempat emas! Lubuk Mandi kian dikenali, heboh menjadi buah mulut, nanya mula meniti dan terukir dari bibir ke bibir. Kata orang, Labuk Mandi bumi bertuah.
Beberapa hari selepas bulan Ogos 1988 Laporan pertama tersiar di muka depan Utusan Malaysia:
Marang 12 November 1988.- Kerajaan negeri sedang menyiapkan satu laporan lengkap mengenai kerja-kerja mendulang emas yang dikatakan diusahakan secara haram di kawasan hutan Rusila, dekat sini sejak beberapa bulan lulu.
Menteri Besar Dato’ Seri Amar Di Raja (sekarang Tan Sri) Haji Wan Mokhtar Ahmad dijangkamembuat pengumuman penting tentang masa depan kawasan yang dilaporkan mempunyai banyak bahan galian tersebut, sehari dua ini.
Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Data' Ben-tara Luar Haji Omar Pilus berkata demikian ketika ditanya tentang hasil lawatan singkat serombongan pegawai kerajaan ke kawasan tersebut petang tadi.
Turut sama melihat orang ramai yang sedangmendulang emas di kawasan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Data' Setia Wangsa Haji AbdulRahman Nasir dan Pegawai Daerah Marang, HajiSaad Boto'.
Dato' Bentara Luar itu enggan mengulas lebihpanjang tentang potensi emas di kawasan itu danbagaimana dengan laporan yang dijalankan olehMalaysian Mining Corporation (MMC).
Beliau juga tidak dapat menentukan sama adaorang ramai dapat meneruskan kerja-kerja mendu­lang emas di kawasan tersebut atau kemungkinan satu larangan dikenakan bagi menjamin masa depan bahan tersebut.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebaranglangkah diambil untuk menentukan sama ada kawasan itu perlu dikawal supaya orang ramai tidak lagi tertumpu mencari atau mendulang emas seperti se-karang.Beliau tidak menafikan kawasan itu menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk sekitar atau dari Kuala Terengganu malah terdapat ramai dari daerah-daerah lain di negeri ini turut sama mendulang emas di situ.
Dato' Bentara -Luar juga melahirkan rasa terpe-ranjat dengan keadaan yang berlaku di kawasan itu sejak akhir-akhir ini sehingga antara beratus yang mendulang emas itu, ada yang sanggup berkhemah dan bermalam di situ.
Ditanva tentang rancangan baru kerajaan untuk memastikan keselamatan pendulang yang semakin bertambah, beliau menyatakan tunggulah keputusan \ang akan dibuat oleh kerajaan.Katanva, Menteri Besar sendiri akan membuat kenyataan akhbar khas, bila semua laporan lengkap tentang keadaan dan cara penyelesaian diterima, dalam tempoh sehari dua ini.Ini disebabkan, beliau difahamkan kawasan yang terlibat dengan terjumpanya bahan galian emas itu, bukan sahaja di kawasan tanah kerajaan tapi terdapat juga kepunyaan tanah milik orang perseorangan.
Keesokan harinya beberapa akhbar menyiarkan "Rusila jadi tumpuan cari emas alatalat mendulang naik harga mendadak".
Malah, ada akhbar yang menyatakan Kampung Rusila yang sejak sekian lama menjadi tumpuan beribu penyokong PAS setiap hari Jumaat, kini sudah dipancar oleh kilauan emas.
Pada tahun tersebut saya bersama ayahda Ismail bin Said pernah meredah hutan belantara Bukit Kor berjalan kaki dari rumah untuk mendulang emas di lubuk Mandi.

No comments:

Post a Comment