Saturday, January 26, 2013

Solat Hajat 12 rakaat


Solat Hajat 12 rakaat

Panduan solat sunat 12 rakaat:(Insyaallah Hajat ditunaikan Allah segera)
Boleh dilakukan siang dan malam hari. Setiap dua rakaat bacalah tasyahhud (tahiyat). Apabila sampai pada duduk (tasyahhud) yg terakhir solat anda itu, maka anda mengucapkan pujian kpd Allah (baca: Alhamdulillahi Rabbil Alamin), lalu mengucapkan salawat kpd Nabi (Allahumma shalli ala Muhammadin...) lalu anda mengucapkan Takbir (Allahu Akbar) kemudian sujud. Dalam sujud itu anda membaca:

Al-fatihah 7 kali

Ayat Kursy 7 kali


Surah Al Ikhlas 7 kali
dan baca doa bawah ni:
La illaha illallah hu wahdahu lasharikalah,
Lahull mulku walahul hamdu yuhyi wayumit tu wahuwa
'ala kul lishai in khodir.
(Baca 10 kali)
kemudian anda baca doa (lafaz dalam hati):


Allah hum ma inn ni as aluka bi ma’a khidil‘izzimin ‘arshika wamun tahar rohmati min kita bika wasmika ‘argdhomi wawajhikal ‘argla wakalimatikat tammat
selepas itu sebutkan hajat anda.
sesudah tu, bangun dari sujud dan memberi salam, ke kanan dan ke kiri.

No comments:

Post a Comment